Ahad, 12 September 2010

berita harian Teropong: Erin Malek berang bapa, Fiza berkawan rapat

Teropong: Erin Malek berang bapa, Fiza berkawan rapat


2010/09/05

Pelakon remaja terkilan sikap bapa berubah

PANAS! Panas! Panas! Sejak tersiarnya gosip ‘Rumah tangga Fiza, Farriq semakin goyah’ di ruangan ini minggu lalu, saban hari Zubir menerima kiriman SMS dan BBM daripada rakan artis dan orang industri bertanyakan siapakah sebenarnya jurukamera dikenali sebagai Malek yang dikatakan menjalin hubungan ‘teman tapi mesra’ dengan bekas anggota Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza, 29.

Fiza yang juga popular sebagai pelakon drama dan filem, sebelum ini dibelenggu krisis rumah tangga bersama suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 30, yang dikatakan semakin menghampiri perceraian apabila mereka sudah tidak tinggal sebumbung hampir empat bulan. Pasangan berkenaan dikurniakan dua puteri - Ferra Aryanna, dua tahun enam bulan dan Feeya, setahun dua bulan selepas mereka bernikah pada 8 September 2006. Buat sementara waktu kedua-dua puteri itu dipelihara Farriq dan Fiza secara bergilir-gilir

bagi meredakan ketegangan yang membelenggu fikiran, Zubir berusaha mencari identiti siapa sebenarnya Malek yang dikatakan berkawan rapat dengan Fiza selepas kedua-duanya bekerjasama menerusi drama lakonan Fiza sebelum ini, Syahjihan apabila Malek bertindak sebagai jurukamera dalam produksi itu.
Selepas diselidiki dan bertanyakan kepada orang industri, alangkah terkejutnya Zubir apabila dimaklumkan Malek sebenarnya bapa kepada pelakon cilik, Nur Erina atau lebih popular sebagai Erin Malek, 16.

Drama terbaru lakonan Erin, Durja Ningsun kini disiarkan menerusi TV3 setiap Khamis jam 9.30 malam mulai 19 Ogos lalu. Drama berkenaan adalah terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, arahan Ahmad Idham. Sebelum ini Erin pernah membintangi filem terbitan MIG Production seperti Tentang Bulan dan Congkak. Manakala nama penuh Malek ialah Malek Marwy, 35.

Menurut sumber rapat yang mengenali Fiza dan Malek, hubungan intim kedua-duanya bermula sejak tiga bulan lalu. Khabarnya, walaupun Malek tidak lagi bekerjasama dengan Fiza dalam produksi sama, namun hubungan mesra mereka masih terjalin hingga ke hari ini. Sumber mendakwa, waktu pagi isteri Malek, Liza, 35, menghantar suaminya ke lokasi penggambaran dan Fiza pula akan menjemput Malek dengan kereta mewahnya, seterusnya menghantar Malek pulang ke kediamannya di Pandan Mewah Height. Bukan sekali dua, tapi banyak kali di waktu pagi sekitar jam 4 atau 5 pagi.

Harus diingat, Fiza masih isteri Farriq sekalipun tidak lagi tinggal sebumbung, manakala Malek suami orang! Zubir difahamkan, kedua-duanya tidak pernah menganggap perhubungan dan perlakuan mereka di mata umum itu sebagai suatu kesalahan, sebaliknya mendakwa mereka sekadar berkawan, salah ke bersahur dengan kawan? Zubir pun tertanya-tanya sejak bila Fiza jadi pemandu peribadi Malek?
Kata sumber sama, Fiza sanggup menemui Malek di lokasi penggambarannya di Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini semata-mata ingin berbuka bersama jurukamera berkenaan. Sekalipun mereka berbuka secara berkumpulan, namun kesanggupan Fiza menemui Malek tetap menjadi persoalan, malahan Malek pula sanggup berbuka tanpa isteri dan anak-anak di sisi.

Bagi mendapatkan kesahihan, Zubir berjaya menghubungi Erin yang ketika ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Bangunlah Mama di Kuala Kangsar, Perak. Zubir bernasib baik apabila panggilan lewat malam 1 September lalu dilayan baik oleh Erin.

“Erin hanya dengar orang bercerita perihal papa (Malek) dengan Fiza, namun Erin tak tahu sejauh mana kebenarannya. Papa tak pernah beritahu apa-apa dengan Erin. Mama (Liza) pula tak pernah bercerita perihal rumah tangganya dengan kami adik beradik. Sekarang Erin masih sibuk dengan penggambaran di Perak, insya-Allah sekembalinya Erin ke Kuala Lumpur sebelum Hari Raya, Erin tunggu penjelasan daripada papa mahupun mama,” kata Erin yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan, Pandan Mewah, Kuala Lumpur

Zubir sebenarnya masih belum berpuas hati dengan penjelasan Erin, justeru terus memujuknya supaya menceritakan perkara sebenar. Tambah Erin, dia bersama Fiza pernah berlakon sama menerusi drama Syahjihan, manakala papanya sebagai jurukamera.

“Erin tak nampak kemesraan mereka di lokasi Syahjihan, jadi memang tak sangka apabila gosip seperti ini boleh tersebar. Erin tak kisah jika Fiza berkawan baik dengan papa, tapi janganlah sampai timbul prasangka buruk di mata orang ramai. Erin tak mahu orang bercakap yang bukan-bukan pasal papa. Jangan pula persahabatan mereka sampai ke peringkat Erin tak suka Fiza berkawan dengan papa!

“Erin sakit hati apabila mendengar penjelasan Fiza dan papa selesa berkawan! Bagi balik papa Erin! Erin rapat dengan papa. Namun, sejak papa berkawan dengan Fiza, papa dah berubah, Erin jauh hati dengan papa. Tapi alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, papa seolah-oleh sedar kesilapannya. Papa pernah mengaku berkawan dengan Fiza, tapi tak pernah jangka keadaan boleh menjadi keruh. Papa pula dah minta maaf dengan Erin. Erin tak mahu menyalahkan mana-mana pihak, biarlah orang sekeliling yang menilainya,” jelas Erin.

Pada masa sama, Fiza tidak mahu memberi sebarang kenyataan. Malek pula pada awalnya mengirimkan SMS kepada Zubir supaya menghubunginya, namun apabila Zubir cuba mendapatkan komennya dia pula ‘menghilangkan’ diri! Zubir tak mahu komen, biarlah orang sekeliling buat tafsiran.

ZUBIR: Aktres remaja popular siar foto dia sedang merokok menerusi BlackBerry.

Risau cecair kekuningan

Risau cecair kekuningan
2010/06/05

TanyaDoktor

DOKTOR, sejak kebelakangan ini zakar saya sering mengeluarkan sejenis secair yang berwarna kekuningan. Cecair ini akan keluar selepas saya membuang air kecil atau kadang-kadang ketika saya mandi. Apa yang saya perasan, cecair ini hanya akan keluar apabila saya tidak melakukan hubungan seks atau onani. Cecair ini juga kelihatan sama dengan air mani tetapi tidak berbau seperti air mani atau berbau busuk. Harap doktor dapat menjelaskan perkara ini.
Aiman


SAUDARA Aiman, apa yang dapat saya simpulkan kemungkinan cecair yang keluar dari zakar anda itu berasal dari kelenjar prostat. Ini terutama apabila anda tidak melakukan hubungan seks atau tidak beronani. Salah satu fungsi kelenjar prostat ialah mengeluarkan rembesan yang akan menjadi sebahagian daripada komponen air mani.
Apabila rembesan ini tidak dikeluarkan secara onani atau ejakulasi, ada kemungkinan ia keluar dengan sendiri. Jika cecair ini tidak berbau atau saudara tidak mempunyai masalah lain seperti sakit ketika kencing atau rasa pedih sewaktu membuang air kecil, situasi yang anda hadapi ini tidak perlu dibimbangkan.

Ini kerana pesakit yang mengalami infeksi kelenjar prostat akan mengeluarkan cairan yang berbau dan berwarna kekuningan. Selain itu, pesakit yang menghadapi masalah ini akan mengalami sakit ketika membuang air kecil, rasa pedih sewaktu kencing serta sakit pada bahagian perineum.

Jika gejala ini berlaku, pemeriksaan perlu dilakukan ke atas cairan untuk mengetahui jenis kuman yang hadir dalam cairan berkenaan. Rawatan yang sering diberi adalah pengambilan antibiotik secara oral.

Selain itu, penyakit transmisi seksual seperti gonorrhea dan chlamydia boleh menyebabkan pengeluaran cairan dari zakar. Ini juga mempunyai tanda yang sama seperti pedih ketika membuang air kecil serta kerap ke tandas.
Warna kekuningan yang anda lihat dalam air mani boleh berlaku. Ini kerap terjadi pada kebanyakan lelaki. Ia bersifat sementara dan saudara tidak perlu risau mengenainya.

Bagaimanapun, jika ia berterusan hingga melebihi tiga atau empat minggu, atau jika diikuti tanda-tanda yang nyatakan di atas, saudara perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Peluh melampau

Peluh melampau

Peluh melampau
Oleh Dr Suhaimi Isa
2010/05/09

Soalan:

DOKTOR, saya remaja 18 tahun dan mengalami masalah peluh yang serius. Masalah ini selalu terjadi pada bahagian tangan dan tapak kaki yang turut menyebabkan saya kurang keyakinan diri dan menimbulkan pelbagai masalah seperti kesukaran menulis. Ia berlaku pada setiap masa dan paling serius ketika cuaca panas. Soalan saya, apakah cara pemakanan yang dapat mengurangkan masalah ini atau sebarang rawatan dan ubat-ubatan bagi memulihkan penyakit ini?



Jawapan

PADA pandangan saya, saudara Zahid mengalami hiperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak.

Hiperhidrosis selalunya berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidaklah sehingga ke tahap membawa kematian tetapi ia juga boleh menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan mengganggu pekerjaan seperti susah menulis.

Untuk pengetahuan saudara, hiperhidrosis sukar untuk dirawat dengan berkesan tetapi pada masa sekarang ada banyak kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan dan memberi prognosis yang baik.
Ada tiga jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca dari emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan dan kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan.

Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil kerana kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudara perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit–penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis ynag boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilakukan.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidroisis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Bagaimanapun, penggunaan krim atau sapuan topikal mengandungi asid borik, potassium permanganate, formaldehyade, aluminium choride juga dikatakan memberi kesan terhad dan mempunyai kesan sampingan seperti alahan.

Ada juga bahan sistemik digunakan seperti ubat antikoligenik. Contohnya propantheline bromide,oxybutynin dan benztropine lebih berkesan tetapi mempunyai kesan-kesan sampingan seperti penglihatan kabur atau kelabu, mulut dan mata menjadi kering, susah kencing dan sembelit.

Selain itu, ada pelbagai ubat-ubatan yang turut digunakan untuk rawatan hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Oleh kerana rawatan hiperhidrosis adalah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudara perlu berjumpa pakar untuk kaunseling

Kecundang atas ranjang


Kecundang atas ranjang


pix_gal0
PENGALAMAN seks yang memuaskan adalah penting untuk menjalin hubungan yang erat dan intim antara suami isteri. Namun begitu, ramai di antara kita yang merasa was-was atau tidak selesa untuk membincangkan masalah seks dengan pasangan atau doktor, mungkin kerana kita rasa malu.

Masalah ini tidak akan lenyap begitu saja dan lebih lama anda menunggu untuk mendapatkan nasihat profesional, semakin tergugat hubungan intim antara anda dan isteri. Sebenarnya anda tidak harus khuatir kerana kebanyakan masalah seks boleh dirawat.

myMetro | 'Mama mungkir janji lagi'

'Mama mungkir janji lagi'

myMetro | Warga asing 'serbu' ibu kota

Warga asing 'serbu' ibu kota